1. Smart Weapon Storage (SWS)

Dalam landskap cabaran keselamatan yang dinamik dan sentiasa berkembang yang dihadapi oleh agensi tentera dan penguatkuasaan undang-undang, keperluan untuk transformasi menyeluruh dalam penyimpanan senjata api dan kawalan akses tidak pernah menjadi lebih kritikal.

Insiden-insiden terkini yang melibatkan akses tanpa kebenaran, kecurian, dan pengendalian senjata yang tidak betul menekankan keperluan mendesak terhadap penyelesaian yang bukan sahaja mematuhi piawaian keselamatan paling ketat, malah mentakrifkan semula standard tersebut.

Mawna Resources Sdn Bhd, sebuah firma teknologi milik Malaysia, mengkhusus dalam penyelidikan dan Pembangunan  teknologi penyimpanan senjata api automatik dan selamat yang bertujuan meningkatkan keselamatan, akauntabiliti, serta kecekapan operasi.

2. Sistem Dron dan Teknologi Udara Tanpa Pemandu

Mawna Resources menyediakan penyelesaian dron untuk tujuan pemantauan, pengawasan serta operasi keselamatan. Teknologi ini membolehkan pemantauan kawasan yang lebih luas secara efisien dan membantu meningkatkan keberkesanan operasi di lapangan.

3. Sistem Pengesanan Dron (Dron Detection System)

Kami menawarkan teknonogi pengesanan dron yang mampu mengenal pasti, menjejak dan memantau aktiviti dron yang tidak dibenarkan. Sistem ini membantu agensi keselamatan menggawal ruang udara serta mengurangkan ancaman daripada penggunaan dron ynag tidah sah.

4. Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV)

Kami menyediakan penyelesaian CCTV yang komprehensif untuk tujuan pemantauan keselamatan. Sistem ini direka untuk memberikan pengawasan yang berterusan dan membantu meningkatkan tahap keselamatan di premis kerajaan, komersial serta kawasan strategik.

5. Body – Worn Camera

Kami menawarkan Body-Worn Camera yang direka untuk meningkatkan tahap keselamatan, ketelusan serta akauntabiliti semasa operasi di lapangan. Peranti ini dilengkapi dengan teknologi pengesanan haba badan (thermal detection) yang mampu mengesan kehadiran individu walaupun dalam keadaan penglihatan terhad seperti waktu malam atau kawasan yang gelap.

Teknologi ini amat sesuai digunakan oleh agensi keselamatan terutamanya dalam operasi kawalan sempadan, pemantauan kawasan sensitif serta rondaan keselamatan, bagi membantu mengesan pergerakan manusia dengan lebih pantas dan tepat. Selain itu, peranti ini juga membolehkan rakaman visual secara langsung untuk tujuan dokumentasi operasi dan rujukan bukti.